Ayunan Dewi
Berdiri. Sehati. Sejiwa.
for mazni :D (& for the kind soul :D )
Wednesday, June 4, 2008 / 3:45 PM

Hello.
A kind soul had decided to post the lyrics up for Mazni :D
But sadly, she can't remember the lyrics to the karut's verses for 'Seharuannya biru...' & she lost her paper ):
So, some other kind souls, please help fill it up if you know them yeah?
:D

Juara

(Juara then AwokAwok):
Langkah tersekat sekat
Duka melekat lekat
Air dijerat, mata
Memanjat keluar (x2)
Terkesat, hakikat buat fikiran
Tersesat, sudah terlambat
Tidak sempat, (bibir..)
Mencatat hajat.

(Juara):
Bidadari di depan mata,
Enggang juga pilihan teruna
Sahsiah, diriku sungguh sempurna
Kasih sayangmu ku dambarkan (aaah)
Bak jentayu menantikan hujan
Walau, kain putih dikibarkan

(AwokAwok):
Langkah tersekat sekat
Duka melekat lekat
Air dijerat, mata
Memanjat keluar (x2)
Terkesat, hakikat buat fikiran
Tersesat, sudah terlambat
Tidak sempat, (bibir..)
Mencatat hajat.

(Juara):
Katamu cinta tidak hadir,
Bagai langit runtuh bumi cair.
Lenyaplah irama dalam syair
Maruah runtuh hampa lagi
Wira gagah payah ditakluki
Apakah kesudahannya nanti

(AwokAwok): (oiwoihoi, remember the enhancements! )
Langkah tersekat sekat
Duka melekat lekat
Air dijerat, mata
Memanjat keluar (x2)
Terkesat, hakikat buat fikiran
Tersesat, sudah terlambat
Tidak sempat, (bibir..)
Mencatat hajat.

Karut

1.
Wajahmu terpapar di tasik jiwa (x2)
Kehadiranmu bagai pelita bernyala, Bernyala, BERNYALAAA.


2.
Jantung berdegup mulut dikunci
darah berderau hingga ke pipi (x2)

Pabila bayangmu di sisi
dunia nyata seakan mimpi (x2)

Kerana diri ini kenali
pandang pertama menawan hati (x2)

Apakah ini cinta hakiki
atau hanya mainan hati (x2)

3.
(Karut then AwokAwok):
Dahlia (x3)
Disentap hatinya
Tertipu cintanya
Dahlia (x3)

(Karut):
Ha! sekarang ilham dah kahwin
apa yang nak dikatakan lagi
Pening? Bingung? Cemburu?
Kesian si Dahlia
Bercelaru fikirannya
(AWWWWW.)

(AwokAwok):
Dahlia (x3)
Disentap hatinya Tertipu cintanya
Dahlia (x3)

(Karut):
cinta bukan kerana rupa? (ehh...+ muke irritating gile)
bukan kerana harta? (ehh? + muke irritating gile)
bukan kerana darjat? (hmm... + muke irritating gile)
habis itu, kerana apa? hmmm.

(AwokAwok):
Dahlia (x3)
Disentap hatinya Tertipu cintanya
Dahlia (x3)

(Karut):
hai, itulah..
lain kali jgn sentiMENTEL sgt.
dah begitu, berangan-angan (ishishish, ITULAH! + hand action yang mcm makcik bedah pergi pasar nk choose ikan tenggiri)
nak lelaki yg sempurna? mana boleh dpt.
dahlia, dahlia..

(AwokAwok):
Dahlia (x3)
Disentap hatinya Tertipu cintanya
Dahlia (x3)

4.
(Karut then AwokAwok):
Seharuannya biru
Sayang lagumu dihatiku
Andai kau impian diburu
Tanpa terbatasnya rindu

(Karut):
hidup dgn kesempurnaan
tidak mungkin dapat kau itlakkan
kerna kau penuh kecacatan
kendati paras sungguh menawan

(AwokAwok):
Seharuannya biru
Sayang lagumu dihatiku
Andai kau impian diburu
Tanpa terbatasnya rindu

(Karut):
niat suci mu itu keparat
kerna ia hasil nanah
hasrat dengki yang kian terpahat
dalam hati mati serayat

(AwokAwok):
Seharuannya biru
Sayang lagumu dihatiku
Andai kau impian diburu
Tanpa terbatasnya rindu


5.
(Karut then AwokAwok):
Limpahan jiwa
Hancurnya semara
Bukannya intiha
Sukma bergelora

(Karut):
Rebah jiwa di pusara bila
gurindam hilang (aaaah) aksara
lakar cinta tanpa rupa tulusnya asmara

(AwokAwok):
Setapak langkah
beri erti
Ayunan dewi
Berlalu pergi

:D

Ayunan dewi, love you all banyakbanyak (:
*another kind soul decided to be kind and help the other kind soul to add in whatever that she could. but she needs another kind soul to be kind and re-edit the lyrics cos she hantam-bocai only. ok? terima kasih sikitsikit! :D and no, dont worry, the 2nd kind soul is so razmirah. ((:
**thank you 2nd kind soul. sorry for the many typo errors! :D
ohh & i put in the dian yulaiha song :D
hope yall like tt song too :D
-1st kind soul
***3rd kind soul is here, have made the necessary ammendments. and dah, dah perfect. woo
**** 4th kind soul here; and fine, i shall not add on to the confusion here. hahaha, this is dayahhhhh. tak paham ah korang, bende baik2 tak nak tulis namer. ape dah. tak payah nak step humble yer kawan-kawan. btw, NANAK cute sey. hahaha.
*****5th kind soul: NEATEN-ED UP :D
******6th kind soul: yaaaay, sayaaaang korangkorang semue! (: